Wednesday, December 30, 2009

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab) yang mewajibkan zakat

Oleh kerana mata wang yang ada sekarang ganti bagi emas maka para fuqahak menghukumkan wajib mengeluarkan zakatnya.

Disini saya hendak tunjukkan cara mengira nisab yang mewajibkan zakat dan zakat yang wajib dikeluarkan dari seluruh wang didalam milik kita.

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab)

Caranya mudah sahaja

Pertama anda perlu mengetahui harga emas semasa didarabkan dengan 85 gram emas maka jawapannya itu lah nisabnya.

Harga emas semasa x 85g emas = nisab

Contoh RM 76 x 85g = RM 6460

Apabila simpanan anda sampai nisab belum lagi mewajibkan zakat, maka anda hendaklah tungu sehinga setahun hijrah, sekiranya simpanan anda tidak berkurangan daripada nisab, maka wajiblah anda mengeluarkan zakatnya, iaitu mengeluarkan zakat keseluruhan simpanan sama ada yang ada di bank, di dalam kocek atau di dalam almari anda.

Cara mengira kadar zakat simpanan:

Hitung keseluruhan wang anda dan juga nilai emas yang bukan pakaian bahagi dengan 40 kemudian ambil sebahagian itulah zakat.

Simpanan ÷ 40 = zakat

Contoh RM 10735.30 ÷ 40 = RM 268.3825.

Sekiranya simpanan anda berkurangan dari nisab maka anda perlu tungu sampai nisab dan dari tarikh sampai nisab itu anda mulaka pengiraan setahun hijrah.

Berkurangannya nisab boleh terjadi dengan sebab naiknya harga emas semasa atau anda telah menguna wang simpanan itu.

Contoh nisab pada permulan RM 6460 kerana harga emas RM 76 setelah beberapa bulan harga emas naik keparas RM 81 maka kadar nisab naik ke paras RM 6885 sedang kan wang simpanan masih tetap RM 6460, dengan itu anda perlu menanti nisab anda sampai keparas RM 6885 dan memulakan nisab dari tarikh itu.


diambil dari http://almalakawi.wordpress.com

No comments:

Post a Comment