Wednesday, December 30, 2009

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab) yang mewajibkan zakat

Oleh kerana mata wang yang ada sekarang ganti bagi emas maka para fuqahak menghukumkan wajib mengeluarkan zakatnya.

Disini saya hendak tunjukkan cara mengira nisab yang mewajibkan zakat dan zakat yang wajib dikeluarkan dari seluruh wang didalam milik kita.

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab)

Caranya mudah sahaja

Pertama anda perlu mengetahui harga emas semasa didarabkan dengan 85 gram emas maka jawapannya itu lah nisabnya.

Harga emas semasa x 85g emas = nisab

Contoh RM 76 x 85g = RM 6460

Apabila simpanan anda sampai nisab belum lagi mewajibkan zakat, maka anda hendaklah tungu sehinga setahun hijrah, sekiranya simpanan anda tidak berkurangan daripada nisab, maka wajiblah anda mengeluarkan zakatnya, iaitu mengeluarkan zakat keseluruhan simpanan sama ada yang ada di bank, di dalam kocek atau di dalam almari anda.

Cara mengira kadar zakat simpanan:

Hitung keseluruhan wang anda dan juga nilai emas yang bukan pakaian bahagi dengan 40 kemudian ambil sebahagian itulah zakat.

Simpanan ÷ 40 = zakat

Contoh RM 10735.30 ÷ 40 = RM 268.3825.

Sekiranya simpanan anda berkurangan dari nisab maka anda perlu tungu sampai nisab dan dari tarikh sampai nisab itu anda mulaka pengiraan setahun hijrah.

Berkurangannya nisab boleh terjadi dengan sebab naiknya harga emas semasa atau anda telah menguna wang simpanan itu.

Contoh nisab pada permulan RM 6460 kerana harga emas RM 76 setelah beberapa bulan harga emas naik keparas RM 81 maka kadar nisab naik ke paras RM 6885 sedang kan wang simpanan masih tetap RM 6460, dengan itu anda perlu menanti nisab anda sampai keparas RM 6885 dan memulakan nisab dari tarikh itu.


diambil dari http://almalakawi.wordpress.com

Tuesday, December 29, 2009

kenapa hazihi sabili

“ Salam. Sekadar berkongsi, hazihi sabili…sabil tu muzakkar, pttnya kna haza sabili, tp dalam Quran gn hazihi, sbb antara 2 perkataan tu ada mahzuf, taqdirnya attariqah..”

Begitulah mesej yg saya terima dari seorang sahabat saya. Sebenarnya perbincangan kami bermula pada suatu malam, bilamana seorang sahabat dari kuliah Bahasa Arab tengok blog saya, dia pun bertanya,

“kenapa ‘hazihi sabili’, sabil tu muzakkar( مذكر) , so kena ‘haza sabili’ la”

Mula-mula saya terkejut juga, kerana mendengarkan kesilapan yg saya buat itu dan kebarangkalian utk terpaksa mengeditnya.

“ tapi dalam al-Quran tu dia guna ‘hazihi sabili’”. Jawab saya ringkas, sambil mengerutkan dahi menunggukan kepastian dan penjelasan.

Lalu saya membacakan ayat tersebut:

" قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي…"

Sahabat saya itu hanya terdiam. Mungkin memikirkan kenapa dalam al-Quran kalimah ‘hazihi’ itu menjadi muannas. Namun, perbincangan kami hanya terhenti di situ sahaja kerana terpaksa menfokuskan kpd agenda lain yg lebih penting walaupun saya masih menanti jawapan drpd sahabat saya.

Keesokannya, sahabat saya telah menghantar mesej diatas memberikan penerangan ttg hal ini. Terima kasih lah kerana sudi buat research. Namun bila saya dapat mesej tersebut, kefahaman ttg bahasa arab saya bukanlah tinggi sangat,lalu saya bertanya,

“ jadi boleh guna ke tak ayat tu”, tanya saya melalui mesej.

“ boleh je..tabarru’an bil qur’an, kot2 lps ni ada org tanya, kn dh ada jwpn dia :)” balas kawan saya.

Bila kawan saya dah balas macam tu, so selesailah masalah saya. Tak perlu lagi saya bertanya apa maksud msg dia yg dalam bahasa arab tu. Yg penting ayat tu boleh digunakan..tak perlulah saya nak edit lagi blog ni..hehe.

Selepas beberapa hari barulah saya meneliti balik makna mesej tersebut. Sebenarnya dalam ayat ‘ hazihi sabili’ tu, diantara dua kalimah tu ada mahzuf, yakni kalimah yg telah dihazafkan. Dan taqdirnya at-tariqah, yakni diantara dua kalimah tu kena ada kalimah at-tariqah. Jadi, ayat yg sepatutnya adalah:

" قُلْ هَـذِهِ الطريقة سَبِيلِي…"

Bila ada at-tariqah diantara 2 kalimah tu, barulah betul dari segi nahu nya yakni hazihi jd muannas kerana kalimah selepasnya adalah muannas juga. Cuma isu kenapa Allah hazaf kalimah at-tariqah tu kena ruju’ ulama’ tafsir ataupun pakar bahasa arab lah.

Jadi,sekadar itu dahulu untuk entri minggu ini..jumpa lagi di lain waktu sekiranya di panjangkan umur…ma’assalamah.

Posted by Wan Firdaus at 2:37 AM


diambil dari blog http://wan-firdaus.blogspot.com/

Tuesday, December 15, 2009

Penduduk lihat hukuman rejam
















MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.



















SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.



















BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

dipetik dari akhbar kosmo bertarikh 15 Disember 2009.


ilmu penulis amatlah dangkal untuk mengulas perkara ini ... diharap sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada kita semua

Sunday, December 13, 2009

MISTERI BAHTERA NABI NUH AS





Gambar-Gambar yg didakwa Bahtera Nabi Noh diatas puncak sebuah gunung di timur turki…Wallahualam..


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.
Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.
Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.
Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.
Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…
Dipetik dan diedit daripada SINI dan SINI

Sunday, December 6, 2009

::LARD & GELATIN; mempengaruhi makanan & kosmetik::

::LARD & GELATIN; mempengaruhi makanan & kosmetik::

Posted by Rosi A.M Al-Ya'kubiyy at 6:18 PM

Masa kini pelbagai jenis perindustrian telah dimajukan. Di antara industri yang popular dan memberi sumbangan yang besar dalam ekonomi ialah Industri Perkilangan / Pemprosesan Makanan. Perindustrian ini menjadi sebahagian besar dari peningkatan ekonomi negara dan mampu menempa nama di pasaran antarabangsa. Produk makanan semakin berkembang maju dan pelbagai produk makanan yang boleh didapati. Ini langsungan daripada kemajuan teknologi. Apa yang pasti banyak syarikat pemprosesan makanan segera, kering dan sejuk beku ini menggunakan pelbagai kajian teknologi untuk menghasilkan produk makanan yang sedap, tahan lama dan boleh menyaingi produk-produk makanan lain.



Sesungguhnya makanan yang berasal dari haiwan yang tidak disembelih dan daripada babi adalah haram. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-An’aam : Ayat 145


“Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.



Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai sumber bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk makanan yang sedia ada pada hari ini. Cetusan perkongsian ini diharap memberi kesedaran kepada semua.




Terdapat makanan ringan di pasaran dihasilkan dari gelatin haiwan yang tidak disembelih dan terdapat gelatin babi atau lard.







Setiap makanan yang ada di pasaran mempunyai 'ingredients'nya tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan-makanan ini ada yang didapati dari sumber yang halal dan tidak halal. Kepastian untuk mengetahui sama ada bahan-bahan yang digunakan adalah halal atau tidak dengan mengenalpasti unsur yang biasa digunakan dalam penghasilan makanan iaitu gelatin atau juga dikenali sebagai lard (nama yang digunakan untuk makanan yang mengandungi unsur babi).






Gelatin (berbentuk serbuk)








Gelatin ini boleh didapati daripada haiwan seperti lembu, babi dan ikan dalam jumlah yang sedikit. Pengekstrakan gelatin adalah daripada bahagian kolagen kulit, tulang atau ligamen haiwan. Pembuatan gelatin merupakan satu usaha dengan mengekstrak tulang-tulang yang biasanya telah tidak digunakan. Cara pembuatan gelatin ialah dengan memproses tulang haiwan tersebut dengan larutan kimia hingga larutan tersebut menjadi pekat. Gelatin juga digunakan dalam farmasi, ubat-ubatan, produk kosmetik, pelapis kertas dan pembuatan filem untuk fotografi. Ia digunakan sangat meluas dalam industri makanan seperti produk tenusu, coklat, aiskrim dan produk daging.





"Pure pig lard"








Apa itu 'lard'?. Lard ialah sejenis cecair yang dikenali sebagai minyak atau lemak babi. Penggunaan lard dalam industri makanan dan kosmetik amat meluas.


"Lard is pig fat in both its rendered and unrendered forms. Lard was commonly used in many cuisines as a cooking fat or shortening, or as a spread similar to butter. Its use in contemporary cuisine has diminished because of health concerns posed by its saturated-fat content and its often negative image; however, many contemporary cooks and bakers favor it over other fats for select uses. The culinary qualities of lard vary somewhat depending on the part of the pig from which the fat was taken and how the lard was processed. Lard is still commonly used to manufacture soap". (rujukan)



Penggunaan lard atau minyak babi ini adalah sebagai agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian adunan .Berikut adalah kandungan nutrisi lard :



1. Karbohidrat 0 g
2. Lemak 100 g

3. Protein 0 g
4. Kolestrol 95 mg
5. Zink 0.1 mg
6. Selenium 0.2 mg




Roti yang disaluti lemak babi adalah makanan tradisional
di Eropah dan Amerika Utara.





Lemak babi atau minyak babi juga digunakan dalam produk kosmetik. Dalam produk kosmetik lard dikenali juga sebagai manteca atau saindoux. Nama yang digunakan ini berbunyi 'sangat saintifik' untuk mengaburi para pengguna especially umat Islam. Ini adalah salah satu angkara umat laknatullah iaitu Yahudi. Oleh itu, jika anda adalah pengguna kosmetik seperti minyak wangi, sabun dan barangan yang lain. Saya berharap agar anda amat peka terhadap ingredient'nya.


Antara produk kosmetik yang 100% haram digunakan oleh umat Islam ialah produk Garden Perfume (minyak wangi), sabun; Spicy Green Tea and Oatmeal soap, Rosewood Herb Soap, Nag Champa Soap, Heather and Hyacinth Soap.





Heather and Hyacinth Soap





Rosewood Herb Soap




Spicy Green Tea and Oatmeal soap











Sabun-sabun yang saya senaraikan ini selalunya terdapat di hotel-hotel bertaraf 5 bintang dan mahal. Tak terkecuali juga hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur. Diharap dengan bentuknya yang kelihatan seperti sabun biasa ini tidak menjerat anda. Jadi berjaga-jagalah.

Terdapat banyak produk yang dihasilkan oleh umat Islam kini seperti Halal Gel, Musleem Choice, HPA dan sebagainya yang boleh dijadikan inisiatif untuk mengelakkan kita menggunakan produk-produk tempatan mahupun antarabangsa yang mengandungi unsur syubhah ini. Jika was-was terhadap sesuatu bahan atau barangan, langkah terbaik adalah dengan tidak menggunakan terus barangan tersebut sebagai langkah selamat. Selamat beramal..!

diambil dari

Image Hosting

Wednesday, November 4, 2009

doa menuntut ilmu

ya tuhanku

kayakanlah akan aku dgn ilmu
hisailah diriku dengan ketenangan jiwa
dan muliakanlah akan diriku dgn takwa
dan elokkanlah diriku dgn a'fiat

amiiinnn

kad kredit

Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif’(pendirian) Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini.

RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit

Menurut Kamus Oxford : “ Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)”

‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dgnnya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak)”

Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : “Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar.”


2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :

a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.
• Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
• Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebginya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
* Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
• Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama.
• Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.
• Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.
• Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
• Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.


HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil’ (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful’ (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu’ (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kpd Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya. Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986

3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya dgn para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dlm mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.

Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti pengiktirafan hak-haknya.

Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum ‘Ar-Rahn’ (Barang Gadaian).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)

Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.

Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku).


5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Shj
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yg diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit
Majoriti Fuqaha’ (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.

Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma’ Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dgn Kad Kredit.

Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ .

BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg amat sgt.

8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg ‘Charge Card’.
Terkandung di dalam syarat kontrak bg ‘Charge Card’, bhw pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg Credit Card Terkandung dlm syarat kontrak ‘Credit Card’ syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan dikenakan faedah.
Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas mensyaratkan faedah bg bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun terdpt pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine’ bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).

Hukumnya :

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat mereka yg sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : ‘Kullu Qardhi Jarra Naf’an Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

PENUTUP

Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.

Sekian,

Irbid, Jordan
17 Jun 2003

Rujukan :

1. Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m .
2. Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.
3. Bidaqah al-I’timan min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M
4. The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989
5. Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9
6. Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
7. Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
8. Bitoqah al-I’timan, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah
9. Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-sa’adah, Mesir, 1324 H
10. Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bita’wid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m

sumber : Mimbar Kedah

Tuesday, November 3, 2009

Hukum memberi salam, menjawabnya dan yang bergantung dengannya.

pengenalan
Salam ialah mengucap السلام عليكم.
Dalil firman Allah تعالى :
ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.
Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:
1. Orang yang memberi salam.
2. Orang yang diberi salam kepadanya
3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.
Syarat orang yang memberi salam
Islam dan mumayyiz.
Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.
Syarat orang yang menerima salam:
Islam, mumayyiz dan baligh.
Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.
Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.
Syarat bagi ucapan salam
1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.
Ucapan memberi salam
1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.
2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)
3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)
4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)
Ucapan menjawab salam
1. Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
2. وعليكم السلام
3. وعليك السلام
4. عليكم السلام
5. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
6. سلام عليكم
Hukum memberi salam dan menjawabnya.
Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.
Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.
Ucapan salam antara dua lelaki
1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.
Ucapan salam antara dua orang perempuan
Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.
Ucapan salam antara lelaki dan perempuan
1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa
1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.
Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak
1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.
Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu
1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.
Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.
Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.
Salam antara muslim dan kafir.
Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.
Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.
Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir
Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.
Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita
Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.
Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.
Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:
1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
2. sedang jimak.
3. sedang istinja.
4. sedang minum.
5. sedang makan.
6. sedang tidur.
7. sedang mengantuk.
8. sedang sujud.
9. sedang sembahyang.
10. azan.
11. ikamat.
12. di dalam bilik air.
Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.
Adab memberi salam
Hendaklah yang memulakan memberi salam:
Kanak-kanak kepada orang dewasa.
Orang sedikit terhakap orang yang banyak.
Orang yang dating terhadap orang yang duduk
Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki.

Monday, November 2, 2009

salam ta'ruf

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

syukur ke hadrat ilahi dengan lumpah kurniaan nikmat-nikmat yang tak terhingga dapatla saya bernafas hinggalah hari ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu bapa dan adik-adik yang hidup bersama-sama dalam suka dan duka.