Saturday, February 19, 2011

ADAKAH perlu menyamak tayar terkena najis anjing

assalamualaikum buat semua saudara seislam dan rakan-rakan perjuangan, tidak lupa juga pelawat-pelawat yang datang ... hari ini saya akan memaparkan sebuah soaljawab yang mungkin nampak remeh tetapi sangat penting buat kita semua bagi menjalani kehidupan kita sebagai seorang islam. Entri ini diambil dari laman http://keluargaislamku.blogspot.com . semoga manjadi panduan buat kita semua .. insyaallah .


Persoalan Agama: Islam beri keringanan dalam perkara musykil elak kekeliruan

sumber dari berita harian
2010/10/31
Soalan:

ADAKAH kita perlu menyamak tayar motosikal yang terkena najis anjing. Bagaimana pula jika air tayar itu terpercik pada kaki, adakah kita juga harus menyamak kaki.

FAKRUL, Alor Setar.

Jawapan:

Dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci”. Begitu juga firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir ayat 4 iaitu: “Mengenai pakaianmu, hendaklah kamu bersihkan”. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, bersuci itu sebahagian daripada iman.

Islam sangat mengambil berat soal kebersihan daripada najis. Najis bererti kotoran yang setiap Muslim wajib menyucikan diri daripadanya dan membersihkan apa yang terkena. Antara najis perlu kita jauhi adalah anjing dan babi. Kedua-dua sisa haiwan itu adalah najis. Buku Indahnya Hidup Bersyariat menyebut pembahagian najis kepada tiga jenis. Pertama, najis mukhaffafah iaitu najis ringan, kedua, najis mutawasitah iaitu najis pertengahan dan ketiga, najis mughallazah iaitu najis berat. Najis anjing dan babi termasuk dalam kategori najis berat.
Dalam buku ini diceritakan dengan terperinci cara menyucikan ketiga-tiga jenis najis itu berserta gambar. Eloklah saudara mendapatkannya agar bertambah ilmu dan keyakinan dalam beragama.

Mengenai sisa anjing, sahabat Nabi SAW yang mulia bernama Abu Hurairah berkata: “Bahawa Nabi SAW bersabda, apabila anjing minum pada bejana (bekas) salah seorang antara kamu, hendaklah disucikan sebanyak tujuh kali. Hadis ini riwayat al-Bukhari dan Muslim.”

Menurut hadis riwayat Ahmad yang menyebut: “Membersihkan bejana (bekas) salah seorang kamu bila dijilat oleh anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, dimulai tanah.”

Mencuci dengan tanah maksudnya mencampurkan tanah ke dalam air hingga keruh. Jika ia menjilat dalam bekas berisi makanan kering, hendaklah dibuang mana yang terkena dan sekelilingnya. Begitu juga apabila hendak menyucikan sisa babi kerana kotorannya yang menjijikkan. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am ayat 145 yang bermaksud: “Katakanlah, tidakKu jumpai dalam wahyu yang disampaikan kepadaKu makanan yang diharamkan kecuali bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana itu adalah najis.”

Imam al-Syafie menyebut dalam kitab beliau, al-Umm iaitu: “Maka kami mengatakan mengenai anjing sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah SAW. Adalah babi, jikalau tidak lebih teruk daripada keadaan anjing, maka tidaklah lebih baik daripadanya. Maka kami katakan demikian adalah dengan jalan qias (analogi) kepada anjing itu.”

Dalam kitab Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayid Sabiq menyebut: “Sekiranya seseorang ditimpa sesuatu yang jatuh dan ia tidak tahu apakah itu air atau kencing, tidaklah ia perlu bertanya. Jika ia bertanya juga, yang ditanya tidak wajib menjawab”. Sekiranya kaki atau tepi kain bahagian bawah terkena sesuatu yang basah yang tidak dapat dipastikan dan dikenali akannya tidaklah perlu ia menyiasat atau berusaha untuk mengenalnya berdasarkan sebuah riwayat bahawa Umar pada suatu hari melalui sebuah tempat, kebetulan ia ditimpa sesuatu yang jatuh dari sebuah bumbung. Seorang sahabat yang mengikuti Umar bertanya:

“Wahai pemilik bumbung, apakah airmu suci atau najis? Umar pun berkata, wahai pemilik bumbung tidak usah dijawab pertanyaan tadi,” dan beliau terus berlalu.

Justeru, apa yang saudara alami tak perlulah saudara siasat dan berusaha untuk mengenal hakikat yang terkena pada pakaian saudara. Ini menyusahkan saudara, memadailah saudara berlalu tanpa mengambil tahu perkara yang terkena pada tayar motosikal atau kasut. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Kerana kamu sekalian dibangkitkan untuk memberi keringanan dan bukan untuk menyebabkan kesukaran.” Wallahualam.

Friday, February 18, 2011

Status makanan di restoran bercampur arak by admin

Status makanan di restoran bercampur arak

salam saudara dan sahabat-sahabat sekalian, soal jawab ini telah diambil dari http://ohislam.com ...semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi mengenai persoalan diri saya tentang menjamu selera di restoran TGI FRIDAYS dan seangkatan dengannya. Jadi saya mengajukan persoalan saya dengan pihak Jakim dan ini jawapannya. Harap dapat disebarkan sebab ramai umat islam masih lagi keliru tentang hal ini .

*Mohon tidak diletakkan nama & email saya*

Terima Kasih

SOALAN:
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah haram jika makan di restoran yang menjual arak seperti TGI FRIDAYS, CHILL’S? Di dalam menunya ada mengasingkan bahagian makanan yang dicampur arak dengan yang tidak dicampur. Saya menjadi keliru dan memerlukan jawapan.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM

Waalakumussalam w.b.t

Terima kasih kerana melayari Ruangan Kemusykilan Agama.

Tahniah kerana anda begitu prihatin dengan isu semasa dan berkaitan halal haram sumber makanan dan minuman. Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya. Ingatlah ? Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)? Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..

Saturday, February 12, 2011

Pertanyaan seorang dangkal mengenai solat

assalamualaikum semua,

paparan ini adalah umtuk iktibar kita semua.kepada mereka yang tidak tahu,semoga ia dapat memberi pengetahuan,bagi mereka yang sedia tahu,semoga ini akan menguatkan lagi pendirian mereka. sebuah soaljawab ringkas mengenai solat. saya telah mengajukan pertanyaan kepada seorang pensyarah yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Dr Fauziah Mohd Noor. Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan bolehlah juga mengajukan kepada beliau di fauziahuia@yahoo.com..nampaknya beliau adalah seorang yang sedia membantu.

Soalan,

Assalamualaikum Dr,

Saya ingin bertanya Dr sesuatu perkara. Situasinye seperti berikut:

Seseorang telah lewat sembahyang zohor kerana kesibukan kerja. Mungkin kerana selalu sembahyang pada awal waktu, semasa hendak mengangkat takbir, dia langsung tidak ingat yang dia akan menunaikan solat zohor. Menyangkakan yang dia akan solat asar, maka dia berniat menunaikan sembahyang asar. Semasa berada di rakaat kedua, dia telah sedar dari lamunannya dan mengubah niat kembali kepada solat zohor. Kerana kejahilan yang ada pada dirinya, dia meneruskan sahaja solatnya hingga selesai dengan rasa was-was.

Pertanyaan saya:

1. Adakah solatnya sah dan apakah yang perlu dilakukan olehnya?

terima kasih

Jawapan:

waalaikumsalam
apa khabar razif? dah lama kita bertanya khabar ya. sepatutnya bila kita tersedar kita telah tersalah niat, kita perlu berhenti dan sembahyang semula. bukan meneruskan solat tersebut. So, kalau dah selesai, qadha lah semula. itu saja. tapi kalau kita sedang sembahyang dan kita ragu2 berapa rakaat, contohnya dua atau tiga rakaat..kita kena pilih dua. kalau 3 atau 4, kita kena pilih 3. hukum Islam diasaskan kepada sesuatu yg diyakini. bukan kepada sesuatu yg diragui.jadi bila kita yakin itu waktu zohor, kita kena niat zohor.

wassalam