Friday, May 25, 2012

38 Sebab Duit Kertas Susut Nilai Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi. Macam mana semua ni boleh berlaku? Video ni menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang dan pada asasnya, majoriti ekonomi negara lain di dunia menggunakan sistem yang lebih kurang sama. 1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun. 2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion. 3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit. 4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada masa-masa tertentu). 5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS). 6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali. 7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon. 8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain. 9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion. 10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman. 11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi. 12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan danmenaikkan cukai. 13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja). 14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku. 15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit. 16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh. 17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan wang tunai). 18. Bila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank. 19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh. 20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3). 21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah. 22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan). 23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China). 24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan). 25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran. 26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan. 27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai pun semakin sedikit. 28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh). 29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi. 30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit? 31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk. 32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi. 33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa? 34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri. 35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja. 36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut. 37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS. 38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia. Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah. . Do the right thing credit to AriffShah

Saturday, February 19, 2011

ADAKAH perlu menyamak tayar terkena najis anjing

assalamualaikum buat semua saudara seislam dan rakan-rakan perjuangan, tidak lupa juga pelawat-pelawat yang datang ... hari ini saya akan memaparkan sebuah soaljawab yang mungkin nampak remeh tetapi sangat penting buat kita semua bagi menjalani kehidupan kita sebagai seorang islam. Entri ini diambil dari laman http://keluargaislamku.blogspot.com . semoga manjadi panduan buat kita semua .. insyaallah .


Persoalan Agama: Islam beri keringanan dalam perkara musykil elak kekeliruan

sumber dari berita harian
2010/10/31
Soalan:

ADAKAH kita perlu menyamak tayar motosikal yang terkena najis anjing. Bagaimana pula jika air tayar itu terpercik pada kaki, adakah kita juga harus menyamak kaki.

FAKRUL, Alor Setar.

Jawapan:

Dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci”. Begitu juga firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir ayat 4 iaitu: “Mengenai pakaianmu, hendaklah kamu bersihkan”. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, bersuci itu sebahagian daripada iman.

Islam sangat mengambil berat soal kebersihan daripada najis. Najis bererti kotoran yang setiap Muslim wajib menyucikan diri daripadanya dan membersihkan apa yang terkena. Antara najis perlu kita jauhi adalah anjing dan babi. Kedua-dua sisa haiwan itu adalah najis. Buku Indahnya Hidup Bersyariat menyebut pembahagian najis kepada tiga jenis. Pertama, najis mukhaffafah iaitu najis ringan, kedua, najis mutawasitah iaitu najis pertengahan dan ketiga, najis mughallazah iaitu najis berat. Najis anjing dan babi termasuk dalam kategori najis berat.
Dalam buku ini diceritakan dengan terperinci cara menyucikan ketiga-tiga jenis najis itu berserta gambar. Eloklah saudara mendapatkannya agar bertambah ilmu dan keyakinan dalam beragama.

Mengenai sisa anjing, sahabat Nabi SAW yang mulia bernama Abu Hurairah berkata: “Bahawa Nabi SAW bersabda, apabila anjing minum pada bejana (bekas) salah seorang antara kamu, hendaklah disucikan sebanyak tujuh kali. Hadis ini riwayat al-Bukhari dan Muslim.”

Menurut hadis riwayat Ahmad yang menyebut: “Membersihkan bejana (bekas) salah seorang kamu bila dijilat oleh anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, dimulai tanah.”

Mencuci dengan tanah maksudnya mencampurkan tanah ke dalam air hingga keruh. Jika ia menjilat dalam bekas berisi makanan kering, hendaklah dibuang mana yang terkena dan sekelilingnya. Begitu juga apabila hendak menyucikan sisa babi kerana kotorannya yang menjijikkan. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am ayat 145 yang bermaksud: “Katakanlah, tidakKu jumpai dalam wahyu yang disampaikan kepadaKu makanan yang diharamkan kecuali bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana itu adalah najis.”

Imam al-Syafie menyebut dalam kitab beliau, al-Umm iaitu: “Maka kami mengatakan mengenai anjing sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah SAW. Adalah babi, jikalau tidak lebih teruk daripada keadaan anjing, maka tidaklah lebih baik daripadanya. Maka kami katakan demikian adalah dengan jalan qias (analogi) kepada anjing itu.”

Dalam kitab Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayid Sabiq menyebut: “Sekiranya seseorang ditimpa sesuatu yang jatuh dan ia tidak tahu apakah itu air atau kencing, tidaklah ia perlu bertanya. Jika ia bertanya juga, yang ditanya tidak wajib menjawab”. Sekiranya kaki atau tepi kain bahagian bawah terkena sesuatu yang basah yang tidak dapat dipastikan dan dikenali akannya tidaklah perlu ia menyiasat atau berusaha untuk mengenalnya berdasarkan sebuah riwayat bahawa Umar pada suatu hari melalui sebuah tempat, kebetulan ia ditimpa sesuatu yang jatuh dari sebuah bumbung. Seorang sahabat yang mengikuti Umar bertanya:

“Wahai pemilik bumbung, apakah airmu suci atau najis? Umar pun berkata, wahai pemilik bumbung tidak usah dijawab pertanyaan tadi,” dan beliau terus berlalu.

Justeru, apa yang saudara alami tak perlulah saudara siasat dan berusaha untuk mengenal hakikat yang terkena pada pakaian saudara. Ini menyusahkan saudara, memadailah saudara berlalu tanpa mengambil tahu perkara yang terkena pada tayar motosikal atau kasut. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Kerana kamu sekalian dibangkitkan untuk memberi keringanan dan bukan untuk menyebabkan kesukaran.” Wallahualam.

Friday, February 18, 2011

Status makanan di restoran bercampur arak by admin

Status makanan di restoran bercampur arak

salam saudara dan sahabat-sahabat sekalian, soal jawab ini telah diambil dari http://ohislam.com ...semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi mengenai persoalan diri saya tentang menjamu selera di restoran TGI FRIDAYS dan seangkatan dengannya. Jadi saya mengajukan persoalan saya dengan pihak Jakim dan ini jawapannya. Harap dapat disebarkan sebab ramai umat islam masih lagi keliru tentang hal ini .

*Mohon tidak diletakkan nama & email saya*

Terima Kasih

SOALAN:
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah haram jika makan di restoran yang menjual arak seperti TGI FRIDAYS, CHILL’S? Di dalam menunya ada mengasingkan bahagian makanan yang dicampur arak dengan yang tidak dicampur. Saya menjadi keliru dan memerlukan jawapan.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM

Waalakumussalam w.b.t

Terima kasih kerana melayari Ruangan Kemusykilan Agama.

Tahniah kerana anda begitu prihatin dengan isu semasa dan berkaitan halal haram sumber makanan dan minuman. Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya. Ingatlah ? Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)? Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..

Saturday, February 12, 2011

Pertanyaan seorang dangkal mengenai solat

assalamualaikum semua,

paparan ini adalah umtuk iktibar kita semua.kepada mereka yang tidak tahu,semoga ia dapat memberi pengetahuan,bagi mereka yang sedia tahu,semoga ini akan menguatkan lagi pendirian mereka. sebuah soaljawab ringkas mengenai solat. saya telah mengajukan pertanyaan kepada seorang pensyarah yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Dr Fauziah Mohd Noor. Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan bolehlah juga mengajukan kepada beliau di fauziahuia@yahoo.com..nampaknya beliau adalah seorang yang sedia membantu.

Soalan,

Assalamualaikum Dr,

Saya ingin bertanya Dr sesuatu perkara. Situasinye seperti berikut:

Seseorang telah lewat sembahyang zohor kerana kesibukan kerja. Mungkin kerana selalu sembahyang pada awal waktu, semasa hendak mengangkat takbir, dia langsung tidak ingat yang dia akan menunaikan solat zohor. Menyangkakan yang dia akan solat asar, maka dia berniat menunaikan sembahyang asar. Semasa berada di rakaat kedua, dia telah sedar dari lamunannya dan mengubah niat kembali kepada solat zohor. Kerana kejahilan yang ada pada dirinya, dia meneruskan sahaja solatnya hingga selesai dengan rasa was-was.

Pertanyaan saya:

1. Adakah solatnya sah dan apakah yang perlu dilakukan olehnya?

terima kasih

Jawapan:

waalaikumsalam
apa khabar razif? dah lama kita bertanya khabar ya. sepatutnya bila kita tersedar kita telah tersalah niat, kita perlu berhenti dan sembahyang semula. bukan meneruskan solat tersebut. So, kalau dah selesai, qadha lah semula. itu saja. tapi kalau kita sedang sembahyang dan kita ragu2 berapa rakaat, contohnya dua atau tiga rakaat..kita kena pilih dua. kalau 3 atau 4, kita kena pilih 3. hukum Islam diasaskan kepada sesuatu yg diyakini. bukan kepada sesuatu yg diragui.jadi bila kita yakin itu waktu zohor, kita kena niat zohor.

wassalam

Saturday, January 29, 2011

Surutnya Sungai Euphrat di Irak Menyibakkan Gunung Emas di Akhir Zaman

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyibakkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka mengatakan, “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dalam sebuah hadits disebutkan, “Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan pembendaharaan emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Ubay bin Ka’ab: “Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya,” Beliau bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan.” [HR. Muslim]

Ibnu Hajar dalam menyarahkan hadist ini mengatakan bahwa surutnya air sungai Euphrat akan terjadi menjelang kemunculan Al-Mahdi

Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka mengatakan: “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.” [HR. Ahmad]

Syaikh Yusuf al Wabil mengatakan bahwa yang dimaksud dengan ‘gunung emas’ di sini bukanlah minyak bumi sebagai mana pendapat Abu ‘Ubaiyyah dalam ta’liqnya terhadap kitab An-Nihayah Fil Fitan (1:208) karya Ibnu Katsir, dengan beberapa alasan sebgai berikut:

a. Bahwa dalam nash hadist itu disebutkan lafal “jabal min dzahab” (gunung emas), sedang minyak bumi bukan emas secara hakiki, karena emas merupakan tambang yang sudah dikenal.

b. Bahwa Nabi saw memberitahukan bahwansanya air sungai itu akan menyingkap gunung emas yang dilihat orang, sedangkan minyak bumi itu digali dari dalam bumi dari kedalaman yang amat dalam dengan menggunakan alat-alat.

c. Bahwa Nabi saw mengkhususkan sungai Furat (Euphrat) dengan keistimewaan ini, tanpa menyertakan laut dan sungai lain, sedang minyak bumi digali dari laut dan dari darat di berbagai tempat sebagaimana yang kita lihat.

d. Nabi saw memberitahukan bahwa orang-orang akan berperang di sisi pembendaharaan ini, dan tidak diberitakann bahwa mereka berperang ketika digalinya minyak bumi dari Furat (Euphrat) atau lainnya. Bahkan Nabi saw melarang orang yang mendatanginya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat laindari Ubay bin Ka’ab r.a, ia berkata, “Manusia senantiasa berselisih dan bersitegang urat leher dalam mencari kekayaan duniawi …, sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan datang hari kiamat sehingga sungai Euphrat menyingkap gunung emas, maka barangsiapa yang datang kepadanya, janganlah ia mengambil susuatu darinya. [Shahih Muslim, Kitab Al-Fitan wa Asyrathus-Sa'ah, Bab Laa Taquumu As-Sa'atu Hatta Yahsira Al-Furat 'an Jabal min Dzahab 18:19]

Orang yang menafsirkan “gunung emas” ini dengan minyak bumi, maka sebagai konsekuensinya ia harus menetapkan dilarangnya mengambil minyak bumi ini (karena di dalam hadits tersebut Rasulullah saw melarang seseorang mengambil sesuatu darinya – Penj.), padahal tidak ada seorangpun yang berani mengatakan demikian.

Al-Hafizh Ibnu Hajar menguatkan pendapat yang mengatakan bahwa dilarangnya mengambil emas ini disebabkan hal ini dapat menimbulkan fitnah dan peperangan. [Fathul-Baari 13:81]. Selengkapnya lihat: Tanda-tanda kiamat, Syaikh Yusuf Al Wabil hal 159-160]

Pujian Allah terhadap sungai Euphrat

Dalam riwayat dari Malik bin Sha’sha’ah (dalam hadits tentang mi’raj ke Sidratul Muntaha) disebutkan bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “…Kemudian saya diangkat ke Sidratul Muntaha, dibawahnya ada empat buah sungai, dua sungai yang tersembunyi dan dua sungai lainnya jelas terlihat. Aku menanyakan hal itu kepada Jibril, maka Jibril menjawab, “Dua sungai yang tersembunyi adalah sungai di dalam surga, sedangkan dua sungai yang jelas terlihat adalah sungai Nil dan Euphrat.” [HR. Bukhari: Bad-ul Khalqi bab Dzikrul Malaikah no. 2968 dan Muslim: Kitabul iman bab al-isra' no. 238]

Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sungai Saihan, Jihan, Euphrat dan Nil adalah sungai yang mengalir dari (mata air di) surga.” [HR. Muslim: Bab ma fid dunya min anharil jannah no. 5073, Ahmad no. 7547]

Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Ada empat sungai yang dialirkan dari surga, yaitu sungai Euphrat, Nil, Saihan dan Jaihan.” [HR. Ahmad no. 7229, Abu Ya'la no. 5788 dan Al Khatib. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 112]

Syaih Nashirudin Al-Albani berkata, “Barangkali apa yang dimaksud Nabi bahwa sungai-sungai tersebut berasal dari surga adalah sama seperti manusia yang juga berasal dari surga. Hadist ini tidak bertentangan dengan fakta bahwa kedua sungai ini berasal dari mata air yang sangat dikenal di bumi ini. Jika bukan ini atau hal yang serupa yang dimaksud oleh hadits tersebut, maka hal tersebut merupakan sesuatu yang ghaib yang harus kita percayai dan kita terima, karena Nabi sendirilah yang menceritakan kepada kita.” [Silsilah Al-Ahadits Ash-Shaihah 1/178]

Referensi:

1. Al-Adnani, Abu Fatiah. Fitnah dan Petaka Akhir Zaman. Hal. 90-91. Penerbit Granada Mediatama – Solo. Cetakan I Januari 2007 Edisi Revisi.

2. Abu Fatiah Al-Adnani. Misteri Negeri-Negeri Akhir Zaman. Solo: Granada Mediatama, Cetakan II, Agustus 2007

———————-

Update tentang sungai Euphrat
Ulama Iraq Haramkan Memancing Ikan di Sungai Eufrat
http://www.hidayatullah.com/berita/internasional/1564-ulama-iraq-haramkan-memancing-ikan-di-sungai-eufrat

Para ulama Iraq baru-baru ini menfatwakan haram memancing ikan di sungai Eufrat. Pasalnya, tentara AS sering seenaknya membuang mayat di sungai yang terkenal itu. “Satu hari bisa 40 mayat, “ujarnya Hidayatullah.com–Para ulama Iraq melarang warga memancing di Sungai Eufrat lantaran pasukan AS itu sering seenaknya membuang mayat-mayat di sungai itu.

Seperti dikutip Mufakkiratul Islami, para ulama yang tinggal di kawasan propinsi Anbar sebelah barat Iraq, pada hari rabu (5/01) telah mengeluarkan fatwa (haram) larangan memancing ikan di sungai Eufrat.

Larangan ini di tujukan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang di lalui sungai Eufrat, seperti kota Falujah, Ramadi, Hait dan Qo`im.

Fatwa tersebut di sampaikan lewat mesjid mesjid yang ada di propinsi Anbar. Penyebab di keluarkannya fatwa haram tersebut adalah banyaknya bangkai serdadu AS yang sudah hancur (tidak karuan) ke sungai Eufrat oleh pasukan Amerika sendiri.

Tidak di ragukan lagi, bankai-bangkai mayat itu tentu saja menjadi santapan ikan-ikan yang ada di sungai Eufrat dan membuat mereka gemuk dan berkembang biak.

Seperti yang di sampaikan oleh wartawan Mufakkiratul Islami, tujuan di keluarkannya larangan itu adalah untuk menjaga kesehatan warga dari penyakit.

Menurut Mufakkiratul Islami yang ada di Ramadi juga mendapat laporan dari para pemancing ikan. Kata mereka, “Mereka sering sekali melemparkan mayat ke sungai Eufrat. Dalam satu hari, tidak kurang dari 40 mayat yang mereka lemparkan dari helicopter Apache ke sungai ”.

Tindakan pasukan Amerika itu tentu saja membuat para pemancing menjadi dongkol dan marah, karena telah merusak sumber mata pencarian mereka. (Mufakkiratul Islami / kiriman Ibnu Rusli)

————————

Pendapat Harun Yahya:

http://www.harunyahya.com/indo/buku/mahdi03.htm

Berhentinya dan terganggunya aliran sungai Eufrat merupakan salah satu tanda kedatangan Al Mahdi.

Segera sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. (HR Bukhari)

Sungai itu (Eufrat) akan memperlihatkan sebuah gunung emas (di bawah sungai itu). (Abu Daud)

Berbagai buku hadits menyebutkan kedua peristiwa ini. Al-Suyuti menyebutkan hadits ini sebagai ‘berhentinya air.’ Sebenarnya Bendungan Keban telah menghentikan aliran air sungai ini. Tanah sekitarnya telah menjadi sama nilainya dengan emas karena berbagai alasan, seperti dihasilkannya aliran listrik dan begitu suburnya tanah pertanian melalui fasilitas irigasi dan transportasi sejak bendungan itu dibuat. Bendungan ini menyerupai gunung betun, dan kekayaannya senilai emas yang keluar dari sungai itu. Oleh karena itu, dam ini menyerupai sifat-sifat ‘gunung emas’ (Allah-lah Yang Maha Tahu)

artikel ini diambil dari http://rezakahar.wordpress.com

Tuesday, March 16, 2010

Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir!-luahan seorang anak

ini adalah catatan seorang anak yang telah kehilangan ayahnya ...

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm.
Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar… kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti… selamanie setiap suka duka… pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji… dapat keputusan bagus dll… pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah… ditelinga kirinya… dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya… ini adalah kali pertama aku melihat kematian… masih terbayang… abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas… sambil
mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang… semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang… syukur abah dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian… sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat… dah selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru.
Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa… kita takboleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu. Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulutmengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar… semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah… memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi… pipi kanan… pipi kiri… dan bangun… tetiba hati aku ingin terus mencium lagi… aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir.
Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah… tuhan segala alam… aku dan abang mengangkat jenazahnya… dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu… penglihatannya kosong… setelah 36 tahun hidup bersama ayah… kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak… aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah seorang pendiam… sabar.. dan alim… Jemaah masjid… bendahari masjid… dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah… cuma… dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya… Lainnya pula dengan emak… yang setiasa berterus terang… seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.
Kelmarin aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat… 18 February… shairizal beli kereta satria hijau 1.6… abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL… abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok dll… Abah catat Kak Se keguguran… Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL… menangis kami semua bila baca dairi tue… Abah sayang anaknya… tak pernah tunjuk… sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampong abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh disudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun… Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru… catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"… abah gariskan perkataan ingat kubur… dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada ALlah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik… pantang anak saper pasti dia dukung… bawak berjalan… cucu-cucunya setiap kali balik
pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
Ya ALLAH… aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan… tanpa Abah…. baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu… tapi Allah lebih menyayanginya… abah meninggal 5hb… tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada cakap kat kami… "kubur ayah dikorek… pastu
ditanam…tanahnya masih penuh kat tepi… terlebih tandanya seorang yang pemurah… sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah. "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih… tak der kotor najis pun takder"… perkara itulah menyedapkan hati kami… untuk jadi
seperti abah…. Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid… aku memulangkan semula duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis… "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tue"… Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau keje apa sekali pun….
Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku… Talkin buat abah masih segar… "Wahai hamba ALLAH… ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga… Lelaki berat tanggungjawabnya… suami menanggung dosa isteri dan anak-anak… isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah… saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan… Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua… tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah. Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada… jadikan iktibar… cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.
Al-fatihah…
Wassalam"
-anakmu

p/s:catitan ini saya peroleh daripada seorang hamba ALLAH yg telah kematian bapanya!

Wednesday, December 30, 2009

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab) yang mewajibkan zakat

Oleh kerana mata wang yang ada sekarang ganti bagi emas maka para fuqahak menghukumkan wajib mengeluarkan zakatnya.

Disini saya hendak tunjukkan cara mengira nisab yang mewajibkan zakat dan zakat yang wajib dikeluarkan dari seluruh wang didalam milik kita.

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab)

Caranya mudah sahaja

Pertama anda perlu mengetahui harga emas semasa didarabkan dengan 85 gram emas maka jawapannya itu lah nisabnya.

Harga emas semasa x 85g emas = nisab

Contoh RM 76 x 85g = RM 6460

Apabila simpanan anda sampai nisab belum lagi mewajibkan zakat, maka anda hendaklah tungu sehinga setahun hijrah, sekiranya simpanan anda tidak berkurangan daripada nisab, maka wajiblah anda mengeluarkan zakatnya, iaitu mengeluarkan zakat keseluruhan simpanan sama ada yang ada di bank, di dalam kocek atau di dalam almari anda.

Cara mengira kadar zakat simpanan:

Hitung keseluruhan wang anda dan juga nilai emas yang bukan pakaian bahagi dengan 40 kemudian ambil sebahagian itulah zakat.

Simpanan ÷ 40 = zakat

Contoh RM 10735.30 ÷ 40 = RM 268.3825.

Sekiranya simpanan anda berkurangan dari nisab maka anda perlu tungu sampai nisab dan dari tarikh sampai nisab itu anda mulaka pengiraan setahun hijrah.

Berkurangannya nisab boleh terjadi dengan sebab naiknya harga emas semasa atau anda telah menguna wang simpanan itu.

Contoh nisab pada permulan RM 6460 kerana harga emas RM 76 setelah beberapa bulan harga emas naik keparas RM 81 maka kadar nisab naik ke paras RM 6885 sedang kan wang simpanan masih tetap RM 6460, dengan itu anda perlu menanti nisab anda sampai keparas RM 6885 dan memulakan nisab dari tarikh itu.


diambil dari http://almalakawi.wordpress.com

Tuesday, December 29, 2009

kenapa hazihi sabili

“ Salam. Sekadar berkongsi, hazihi sabili…sabil tu muzakkar, pttnya kna haza sabili, tp dalam Quran gn hazihi, sbb antara 2 perkataan tu ada mahzuf, taqdirnya attariqah..”

Begitulah mesej yg saya terima dari seorang sahabat saya. Sebenarnya perbincangan kami bermula pada suatu malam, bilamana seorang sahabat dari kuliah Bahasa Arab tengok blog saya, dia pun bertanya,

“kenapa ‘hazihi sabili’, sabil tu muzakkar( مذكر) , so kena ‘haza sabili’ la”

Mula-mula saya terkejut juga, kerana mendengarkan kesilapan yg saya buat itu dan kebarangkalian utk terpaksa mengeditnya.

“ tapi dalam al-Quran tu dia guna ‘hazihi sabili’”. Jawab saya ringkas, sambil mengerutkan dahi menunggukan kepastian dan penjelasan.

Lalu saya membacakan ayat tersebut:

" قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي…"

Sahabat saya itu hanya terdiam. Mungkin memikirkan kenapa dalam al-Quran kalimah ‘hazihi’ itu menjadi muannas. Namun, perbincangan kami hanya terhenti di situ sahaja kerana terpaksa menfokuskan kpd agenda lain yg lebih penting walaupun saya masih menanti jawapan drpd sahabat saya.

Keesokannya, sahabat saya telah menghantar mesej diatas memberikan penerangan ttg hal ini. Terima kasih lah kerana sudi buat research. Namun bila saya dapat mesej tersebut, kefahaman ttg bahasa arab saya bukanlah tinggi sangat,lalu saya bertanya,

“ jadi boleh guna ke tak ayat tu”, tanya saya melalui mesej.

“ boleh je..tabarru’an bil qur’an, kot2 lps ni ada org tanya, kn dh ada jwpn dia :)” balas kawan saya.

Bila kawan saya dah balas macam tu, so selesailah masalah saya. Tak perlu lagi saya bertanya apa maksud msg dia yg dalam bahasa arab tu. Yg penting ayat tu boleh digunakan..tak perlulah saya nak edit lagi blog ni..hehe.

Selepas beberapa hari barulah saya meneliti balik makna mesej tersebut. Sebenarnya dalam ayat ‘ hazihi sabili’ tu, diantara dua kalimah tu ada mahzuf, yakni kalimah yg telah dihazafkan. Dan taqdirnya at-tariqah, yakni diantara dua kalimah tu kena ada kalimah at-tariqah. Jadi, ayat yg sepatutnya adalah:

" قُلْ هَـذِهِ الطريقة سَبِيلِي…"

Bila ada at-tariqah diantara 2 kalimah tu, barulah betul dari segi nahu nya yakni hazihi jd muannas kerana kalimah selepasnya adalah muannas juga. Cuma isu kenapa Allah hazaf kalimah at-tariqah tu kena ruju’ ulama’ tafsir ataupun pakar bahasa arab lah.

Jadi,sekadar itu dahulu untuk entri minggu ini..jumpa lagi di lain waktu sekiranya di panjangkan umur…ma’assalamah.

Posted by Wan Firdaus at 2:37 AM


diambil dari blog http://wan-firdaus.blogspot.com/

Tuesday, December 15, 2009

Penduduk lihat hukuman rejam
















MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.



















SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.



















BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

dipetik dari akhbar kosmo bertarikh 15 Disember 2009.


ilmu penulis amatlah dangkal untuk mengulas perkara ini ... diharap sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada kita semua

Sunday, December 13, 2009

MISTERI BAHTERA NABI NUH AS





Gambar-Gambar yg didakwa Bahtera Nabi Noh diatas puncak sebuah gunung di timur turki…Wallahualam..


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.
Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.
Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.
Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.
Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…
Dipetik dan diedit daripada SINI dan SINI

Sunday, December 6, 2009

::LARD & GELATIN; mempengaruhi makanan & kosmetik::

::LARD & GELATIN; mempengaruhi makanan & kosmetik::

Posted by Rosi A.M Al-Ya'kubiyy at 6:18 PM

Masa kini pelbagai jenis perindustrian telah dimajukan. Di antara industri yang popular dan memberi sumbangan yang besar dalam ekonomi ialah Industri Perkilangan / Pemprosesan Makanan. Perindustrian ini menjadi sebahagian besar dari peningkatan ekonomi negara dan mampu menempa nama di pasaran antarabangsa. Produk makanan semakin berkembang maju dan pelbagai produk makanan yang boleh didapati. Ini langsungan daripada kemajuan teknologi. Apa yang pasti banyak syarikat pemprosesan makanan segera, kering dan sejuk beku ini menggunakan pelbagai kajian teknologi untuk menghasilkan produk makanan yang sedap, tahan lama dan boleh menyaingi produk-produk makanan lain.



Sesungguhnya makanan yang berasal dari haiwan yang tidak disembelih dan daripada babi adalah haram. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-An’aam : Ayat 145


“Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.



Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai sumber bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk makanan yang sedia ada pada hari ini. Cetusan perkongsian ini diharap memberi kesedaran kepada semua.




Terdapat makanan ringan di pasaran dihasilkan dari gelatin haiwan yang tidak disembelih dan terdapat gelatin babi atau lard.







Setiap makanan yang ada di pasaran mempunyai 'ingredients'nya tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan-makanan ini ada yang didapati dari sumber yang halal dan tidak halal. Kepastian untuk mengetahui sama ada bahan-bahan yang digunakan adalah halal atau tidak dengan mengenalpasti unsur yang biasa digunakan dalam penghasilan makanan iaitu gelatin atau juga dikenali sebagai lard (nama yang digunakan untuk makanan yang mengandungi unsur babi).






Gelatin (berbentuk serbuk)








Gelatin ini boleh didapati daripada haiwan seperti lembu, babi dan ikan dalam jumlah yang sedikit. Pengekstrakan gelatin adalah daripada bahagian kolagen kulit, tulang atau ligamen haiwan. Pembuatan gelatin merupakan satu usaha dengan mengekstrak tulang-tulang yang biasanya telah tidak digunakan. Cara pembuatan gelatin ialah dengan memproses tulang haiwan tersebut dengan larutan kimia hingga larutan tersebut menjadi pekat. Gelatin juga digunakan dalam farmasi, ubat-ubatan, produk kosmetik, pelapis kertas dan pembuatan filem untuk fotografi. Ia digunakan sangat meluas dalam industri makanan seperti produk tenusu, coklat, aiskrim dan produk daging.





"Pure pig lard"








Apa itu 'lard'?. Lard ialah sejenis cecair yang dikenali sebagai minyak atau lemak babi. Penggunaan lard dalam industri makanan dan kosmetik amat meluas.


"Lard is pig fat in both its rendered and unrendered forms. Lard was commonly used in many cuisines as a cooking fat or shortening, or as a spread similar to butter. Its use in contemporary cuisine has diminished because of health concerns posed by its saturated-fat content and its often negative image; however, many contemporary cooks and bakers favor it over other fats for select uses. The culinary qualities of lard vary somewhat depending on the part of the pig from which the fat was taken and how the lard was processed. Lard is still commonly used to manufacture soap". (rujukan)



Penggunaan lard atau minyak babi ini adalah sebagai agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian adunan .Berikut adalah kandungan nutrisi lard :



1. Karbohidrat 0 g
2. Lemak 100 g

3. Protein 0 g
4. Kolestrol 95 mg
5. Zink 0.1 mg
6. Selenium 0.2 mg




Roti yang disaluti lemak babi adalah makanan tradisional
di Eropah dan Amerika Utara.





Lemak babi atau minyak babi juga digunakan dalam produk kosmetik. Dalam produk kosmetik lard dikenali juga sebagai manteca atau saindoux. Nama yang digunakan ini berbunyi 'sangat saintifik' untuk mengaburi para pengguna especially umat Islam. Ini adalah salah satu angkara umat laknatullah iaitu Yahudi. Oleh itu, jika anda adalah pengguna kosmetik seperti minyak wangi, sabun dan barangan yang lain. Saya berharap agar anda amat peka terhadap ingredient'nya.


Antara produk kosmetik yang 100% haram digunakan oleh umat Islam ialah produk Garden Perfume (minyak wangi), sabun; Spicy Green Tea and Oatmeal soap, Rosewood Herb Soap, Nag Champa Soap, Heather and Hyacinth Soap.





Heather and Hyacinth Soap





Rosewood Herb Soap




Spicy Green Tea and Oatmeal soap











Sabun-sabun yang saya senaraikan ini selalunya terdapat di hotel-hotel bertaraf 5 bintang dan mahal. Tak terkecuali juga hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur. Diharap dengan bentuknya yang kelihatan seperti sabun biasa ini tidak menjerat anda. Jadi berjaga-jagalah.

Terdapat banyak produk yang dihasilkan oleh umat Islam kini seperti Halal Gel, Musleem Choice, HPA dan sebagainya yang boleh dijadikan inisiatif untuk mengelakkan kita menggunakan produk-produk tempatan mahupun antarabangsa yang mengandungi unsur syubhah ini. Jika was-was terhadap sesuatu bahan atau barangan, langkah terbaik adalah dengan tidak menggunakan terus barangan tersebut sebagai langkah selamat. Selamat beramal..!

diambil dari

Image Hosting

Wednesday, November 4, 2009

doa menuntut ilmu

ya tuhanku

kayakanlah akan aku dgn ilmu
hisailah diriku dengan ketenangan jiwa
dan muliakanlah akan diriku dgn takwa
dan elokkanlah diriku dgn a'fiat

amiiinnn

kad kredit

Adakah Kad Kredit Haram Dalam Islam..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yg berkaitan dgn Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif’(pendirian) Islam terhdp kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini.

RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit

Menurut Kamus Oxford : “ Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kpd pemegangnya utk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)”

‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dgnnya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dgn masa yg ditetapkan atau tidak)”

Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : “Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yg diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar.”


2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :

a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.
• Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
• Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebginya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
* Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
• Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama.
• Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.
• Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.
• Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
• Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.


HUKUM BERKAITAN DGN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil’ (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful’ (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu’ (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dgn kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kpd Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya drpd Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dll. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhdp khidmat yg disediakannya. Juga HARUS jika terdpt perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kpd perbezaan jenis khidmat. Tetapi dgn syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dgn khidmat sebenar yg diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.

Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986

3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dlm kontraknya dgn para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kpd Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yg disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kpd . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dll ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kpd Bank krn menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dlm mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sbg Diskaun Khas dari peniaga kpd pengeluar. Ada juga yg mengatakan ia sbg upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.

Bagi mereka yg ingin mendptkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sbg bukti pengiktirafan hak-haknya.

Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum ‘Ar-Rahn’ (Barang Gadaian).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)

Ia bertujuan utk menarik golongan menengah dan atasan bg menyertai skim mereka. Maka utk tujuan itu, mrk menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.

Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran2 dll. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram krn mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dll. Bgmnpun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa2 kpd syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yg diputuskan, malah ia dianggap sbg hadiah galakan shj dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah krn ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bhw (Dimaafkan yg berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

2. Hadiah2 lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dlm muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dgn syarat hadiah ini terdiri drpd perkara yg halal syarak. Bgmnpun dlm hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku).


5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Shj
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak utk menamatkan kontrak wp tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yg diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sbg kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dgn Kad Kredit
Majoriti Fuqaha’ (Ulama Fiqh) telah menegaskan bhw antara syarat sah pembelian emas dan perak dgn wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dlm istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yg jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bhw At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dgn cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dgn tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.

Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sbgmnnya pembelian dgn cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma’ Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dgn Kad Kredit.

Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bg membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dgn penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dgn matawang negara yg terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dgn Matawang tempatan (dgn menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sbgmn termaktub di dlm perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sbgmn maklum syarat dalam Islam bg pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah krn kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bg pertukaran matawang yg telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ .

BGMNPUN dikecualikan dr haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yg amat sgt.

8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bg ‘Charge Card’.
Terkandung di dalam syarat kontrak bg ‘Charge Card’, bhw pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana terdpt unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BGMNPUN terdpt keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dlm melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bg Memperbaharui Bil Bg Credit Card Terkandung dlm syarat kontrak ‘Credit Card’ syarat , bg pemegang yg tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yg berbaki tersebut akan dikenakan faedah.
Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorg muslim memohon Kad ini, yg jelas mensyaratkan faedah bg bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bgmpun terdpt pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dgn syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yg boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dgn Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kpd Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine’ bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sbg wakil).

Hukumnya :

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya shj. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dgn kadar khidmat mereka yg sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SHJ. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yg mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sbgmn Hadith Mawquf : ‘Kullu Qardhi Jarra Naf’an Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bg pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

PENUTUP

Demikian, shj beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dpt memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yg berkaiatan dgnnya, dan diberikan kita kekuatan utk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.

Sekian,

Irbid, Jordan
17 Jun 2003

Rujukan :

1. Al-Bidaqah al-Bankiyah, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, Dar al-Qalam, Dimasqh , cet 1, 1998 m .
2. Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh Fil Mal wal iqtisod, Prof. Dr Nazih Kamal Hammad, Dar al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 2001 M.
3. Bidaqah al-I’timan min Manzur Islami, Prof. Dr Abd Fatah Idris, Cet 1, 2001 M
4. The Law Relating to Credit Cards, Jones , Sally A , London, 1989
5. Majalah Majma Fiqh Islami , Bil 3 dan 8 , Sidang 1, 3 dan 9
6. Al-Fatawa al-Hindiyyah, cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
7. Al-Fatawa al-Bazaziyyah , cet al-amiriyyah , Bulaq, 1310 H
8. Bitoqah al-I’timan, Al-Syeikh Dr Abd Satar Abu Ghuddah
9. Al-Mabsut , Imam As-Sarakhasi, cet as-sa’adah, Mesir, 1324 H
10. Hawl Jawaz Ilzam al-Mumatil bita’wid lid Dain, Majalah Dirasat Iqtisodiyaah Islamiyah, jil 3 , Bil 2, 1996 m

sumber : Mimbar Kedah

Tuesday, November 3, 2009

Hukum memberi salam, menjawabnya dan yang bergantung dengannya.

pengenalan
Salam ialah mengucap السلام عليكم.
Dalil firman Allah تعالى :
ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.
Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:
1. Orang yang memberi salam.
2. Orang yang diberi salam kepadanya
3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.
Syarat orang yang memberi salam
Islam dan mumayyiz.
Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.
Syarat orang yang menerima salam:
Islam, mumayyiz dan baligh.
Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.
Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.
Syarat bagi ucapan salam
1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.
Ucapan memberi salam
1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.
2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)
3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)
4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)
Ucapan menjawab salam
1. Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
2. وعليكم السلام
3. وعليك السلام
4. عليكم السلام
5. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
6. سلام عليكم
Hukum memberi salam dan menjawabnya.
Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.
Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.
Ucapan salam antara dua lelaki
1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.
Ucapan salam antara dua orang perempuan
Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.
Ucapan salam antara lelaki dan perempuan
1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa
1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.
Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak
1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.
Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu
1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.
Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.
Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.
Salam antara muslim dan kafir.
Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.
Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.
Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir
Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.
Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita
Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.
Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.
Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:
1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
2. sedang jimak.
3. sedang istinja.
4. sedang minum.
5. sedang makan.
6. sedang tidur.
7. sedang mengantuk.
8. sedang sujud.
9. sedang sembahyang.
10. azan.
11. ikamat.
12. di dalam bilik air.
Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.
Adab memberi salam
Hendaklah yang memulakan memberi salam:
Kanak-kanak kepada orang dewasa.
Orang sedikit terhakap orang yang banyak.
Orang yang dating terhadap orang yang duduk
Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki.

Monday, November 2, 2009

salam ta'ruf

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

syukur ke hadrat ilahi dengan lumpah kurniaan nikmat-nikmat yang tak terhingga dapatla saya bernafas hinggalah hari ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu bapa dan adik-adik yang hidup bersama-sama dalam suka dan duka.